Ulat.
Diriwayatkan dalam satu kisah yg diceritakan oleh ulama' tentg ulat yg berkomunikasi dgn Nabi Daud A.S.Suatu hari sdg Nabi Daud membaca kitab zabur,beliau terpndg akan seekor ulat yg kecil sdg merayap.Lalu terdetik dalam hatinya.."mengapa Allah ciptakan ulat yg kecil ini?"..lalu atas izin Allah ulat ini mampu berkata2."Wahai Nabi Allah,sesungguhnya Allah menciptakanku ini utk ku berzikir kpdnya dgn ucapan Subhanallah,Alhamdulillah,Allahuakhbar dan lailahaillallah sebanyak 1000kali semasa siang.dan pada sblah malamnya aku akan berselawat kpd Nabi SAW sbnyak 1000kali juga.Itulah aktivitiku setiap hari".Lalu terkedu Nabi Daud dan beliau diriwayatkan tidak pernah lg memandg rendah akan binatang.
Ikan.
bayangkan..seringkita memandang rendah tentg binatang yg dikenali sbgai ikan ini.Ikan bijak kerana binatang2 di laut seperti ikan salmon,penyu dll binatang di laut ini mampu utk berenang dari satu selat ke satu selat yg lain tanpa tersesat.Sdgkan kita bila bermusafir,pasti menghadapi kesukaran.Bimbg akan tersesat,kita dibantu oleh signboard.Namun masih boleh jgk tersesat.Binatang di laut juga mempunyai 'rumah' yg lebih besar dr manusia.Lalu mana mungkin kita boleh menandingi keluasan tempat tinggal ikan-ikan ini dgn tmpat tggal kita di atas darat?Binatang2 laut juga lebih dimuliakan Allah kerana dihalalkan kita memakan bangkai mereka sdgkan binatang2 seperti lembu perlu disembelih terlebih dhulu.Mayat manusia pun jika terbiar adalah amat busuk namun bg ikan,halal dimakan bangkai2 mereka.Hebat gak ikan ni!
Labah-labah.
Diceritakan semasa dalam peristiwa penghijrahan Nabi SAW bersama2 dgn Saidina Abu Bakar As-siddiq.Mereka berlindung di dalam gua Tsur,ketika mereka diburu oleh org2 mushrikin.Lalu ketika puak kuffar tiba di pnitu gua,labah2 pun berbuat sarang-sarang menutupi muka gua.Lalu mereka beranggapan mustahil ada manusia di dalamnya kerana sarang2 labah2 yg banyak di muka gua itu.Dulu masa kecik-kecik pernah dengar larangan org tua-tua drpd bunuh labah-labah,betul ke?heee
Burung pipit.
dalam peristiwa Nabi Ibrahim A.S dihumbankan dalam api yg marak oleh raja Namrud.Ats rasa cinta burung2 ini kpd Allah,lalu dia pun mengambil air diletakkan dlm paruhnya yg sgtt kecil itu utk memadamkan api yg marak itu.Walaupun sudah diketahuii bhawa hanya sikit air yg boleh dibawa dlm paruhnya itu dan dia pun tahu dia takkan mampu memadamkan api itu,tapi burung pipit ini masih mahu BERUSAHA membantu org yg menegakkan agama Allah.
Anjing.
Dalam peristiwa as-habul kahfi,ketika mana pemuda2 itu lari dr pemerintah yg zalim.Anjing ini melihat mereka dan anjing ini kenal org2 yg beriman.Anjing pun taw org itu beriman.sdgkan kita masih tidak mengenali org2 beriman walaupun berada disangping mereka.Lalu anjing ini pun mengambil keputusan mengikuti pemuda2 tersebut utk bersama pemuda2 yg mempertahankan akidah mereka.
Sebenarnya ade banyak lg kisah binatang2 ni yg perlu kita ambik contoh sbgai peringatan dan teladan.
Syukurlah,kerana kita dijadikan sbgai manusia iaitu sebaik2 baik makhluk.Bersyukurlah juga kerana kita dilahirkan sbgai umat Nabi SAW dan adalah sebaik2 umat manusia..
"Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak itu, kamu beroleh pelajaran yang mendatangkan iktibar" an-nahl ayat 66.
http://iqbalsyarie.blogspot.com/2009/03/kebesaran-allah.html
Senin, 06 Februari 2012
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar