Jumat, 03 Juni 2011

Sholatlah kamu sebelum kamu disholatkan



Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan
Berwudhu’lah kamu sebelum kamu diwudhu’kan
Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan

Tutuplah ‘auratmu sebelum ‘auratmu ditutupkan
Dengan kain kafan yang serba putih
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
Walaupun orang yang hadir itu merintih

Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam Berserta Fatihah,
Selawat dan doa Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah
Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?

Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian
Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat

Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan makanan ulat
Iringi dirimu ke masjid Sebelum kamu diiringi ke Pusara

Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa’

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan ‘Izrail yang menakutkan

Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal
Bukan yang pergi

Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan
Ingatlah di mana saja kamu berada
Kamu tetap memijak bumi Tuhan
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan

Justeru bila Dia menyeru,
sambutlah seruan-Nya
Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya

Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti
Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti

Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu
Yang kalau jatuh ke tanah
Ayam tak patok itik tak sudu
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu
Yang lebih agung dari malaikat
Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat

Sambutlah seruan ‘Hayya ‘alas Solaah’
Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan ‘Hayya ‘alal Falaah’
Jalan kemenangan akhirat dan dunia

Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Tuhan
Pada hari itu tiada berguna harta,
Takhta dan putera Isteri,
kad kredit dan kereta Kondominium,
saham dan niaga
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia.

http://murabbiy.com/?p=2551

Antara Ilham dan Bisikan




Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya syaitan ada baginya bisikan ke hati anak Adam, dan Malaikat juga ada bisikannya; ada pun bisikan syaitan itu ialah galakannya supaya seseorang melakukan kejahatan dan mendustakan kebenaran, dan bisikan Malaikat pula ialah galakannya supaya seseorang mengamalkan kebaikan dan meyakini kebenaranya; oleh itu sesiapa yang terasa bisikan yang baik, maka hendaklah ia mengetahui bahawa perkara itu dari Allah, serta hendaklah ia bersyukur kepada Allah, dan sesiapa yang terasa bisikan yang satu lagi maka hendaklah ia meminta perlindungan Allah dari angkara syaitan.”

H.R. Ibn Mas’ud r.a

HURAIAN
(i) Setiap manusia mempunyai lintasan hati yang berlainan kerana berlainan sebabnya.

(ii) Satu daripada jenis lintasan itu adalah lintasan yang dibawa oleh malaikat yang bertugas memancarkan ke dalam hati manusia perasaan suka berbuat kebajikan dan menerima kebenaran; sementara satu lagi lintasan adalah lintasan syaitan iaitu lintasan untuk melakukan kejahatan dan menolak kebenaran.

(iii) Lintasan malaikat ini dinamakan sebagai “ilham” dan lintasan jahat syaitan itu sebenarnya adalah “was-was” di mana kita diperintahkan memohon perlindungan Allah daripadanya sebagaimana yang dimaksudkan di dalam al-Quran, surah an-Nas.

(iv) Oleh yang demikian selaku manusia biasa, apabila datang sesuatu lintasan hati, maka hendaklah kita mempertimbangkannya terlebih dahulu dengan neraca syarak; jika bersesuaian kerjakanlah, jika sebaliknya jauhkanlah.

http://murabbiy.com/?p=1233

Kisah Pemuda diganggu Syaitan




Seorang pemuda bangun pagi2 buta utk solat subuh di Masjid.
Dia berpakaian, berwudhu dan berjalan menuju masjid .
ditengah jalan menuju masjid, pemuda tersebut jatuh dan pakaiannya kotor.
Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang kembali ke rumah.

Di rumah, dia berganti baju, berwudhu dan LAGI,
berjalan menuju masjid.
Dlm perjalanan kembali ke masjid , dia jatuh lagi di tempat yg sama!
Dia, sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah.

Di rumah, dia, sekali lagi, berganti baju,
berwudhu dan berjalan menuju masjid .
Di tengah jalan menuju masjid , dia bertemu seorang lelaki yg memegang lampu.
Dia menanyakan identiti lelaki tersebut, dan menjawab

“Saya melihat anda jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid ,
jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan anda..’
Pemuda pertama mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid .
Saat sampai di masjid , pemuda pertama bertanya kepada lelaki yang

membawa lampu untuk masuk dan solat subuh bersamanya.
lelaki itu menolak..
pemuda itu mengajak lagi hingga berkali2 dan,
lagi, jawapannya sama.

Pemuda bertanya, kenapa menolak untuk masuk dan solat.
lelaki itu menjawab
“Aku adalah IBLIS (syaitan)”
Pemuda itu terkejut dgn jawapan lelaki itu.

Syaitan kemudian menjelaskan,
Saya melihat kamu berjalan ke masjid,
dan sayalah yg membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah,
membersihkan badan dan kembali ke masjid ,

Allah memaafkan semua dosa2mu.
Saya membuatmu jatuh kedua kalinya, dan
bahkan itupun tidak membuatmu merubah fikiran untuk tinggal dirumah,
kamu tetap memutuskan kembali masjid.

Karana hal itu, Allah memaafkan dosa2 seluruh anggota keluargamu.
Saya RISAU jika saya membuat kamu jatuh utk kali ketiga,
jangan2 Allah akan memaafkan dosa2 seluruh penduduk desamu,
jadi saya harus memastikan bahwa anda sampai dimasjid dgn selamat..’

Jadi, jangan biarkan Syaitan mendapatkan keuntungan dari setiap aksinya.
Jangan melepaskan sebuah niat baik yg hendak kamu lakukan kerana kamu tidak pernah tahu ganjaran yg akan kamu dapat
dari segala kesulitan yg kamu temui dalam usahamu utk melaksanakan niat baik tersebut .

http://murabbiy.com/?p=1026

Siapakah syaitan?




Ibnu Jarir Ath-Thabari menjelaskan bahawa, “Di dalam Bahasa Arab, syaitan bererti setiap pembangkang (ingkar). Baik dari kalangan manusia, jin, binatang dan sebagainya.”

Allah SWT berfirman:

“Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari Syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya. Dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. Oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (dari perbuatan yang kufur dan dusta) itu.”
(Al-An’aam ayat 112)

“Dan katakanlah (wahai Muhammad) kepada hamba-hambaKu (yang beriman), supaya mereka berkata dengan kata-kata yang amat baik (kepada orang-orang yang menentang kebenaran); sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menghasut di antara mereka (yang mukmin dan yang menentang); sesungguhnya Syaitan itu adalah musuh yang amat nyata bagi manusia.”
(Al-Isra’ : Ayat 53)

Syaitan dari golongan manusia mungkin agak mudah untuk kita tangani kerana kita dapat melihat mereka. Mungkin kerana mata hati yang gelap, manusia tetap tergoda dengan hasutan-hasutan manusia. Adalah yang perlu lebih diawasi ialah syaitan dari golongan jin yang kita tidak dapat melihat mereka sedangkan mereka sentiasa ada di mana-mana dan sentiasa pula menghasut manusia.

Ketahuilah kita bahawa pembangkang atau syaitan yang pertama sekali bermusuh dengan manusia ialah Iblis, iaitu dia telah membangkang apabila disuruh sujud menghormati Nabi Adam. Oleh kerana bantahannya ia telah dilaknat Allah SWT dan kemudiannya dia meminta tangguh kerana dendamnya untuk menyesatkan manusia. (Rujuk tafsir ayat 28 hingga 44 surah Al-Hijr untuk mengikuti kisahnya lebih lanjut).

Iblis telah diusir ke bumi dan di sini, ia telah mengumpulkan syaitan-syaitan dari golongan jin sebagai bala tenteranya. Dalam satu hadith riwayat Imam Muslim disebutkan,

“Dari Jabir bin Abdullah RA, dia berkata Rasulullah SAW bersabda:

“Iblis meletakkan (membangun) singgahsananya di tengah lautan, lalu dia mengutus iringan bala tenteranya. Pasukan yang paling dekat di sisinya (yang paling dicintai) adalah yang paling besar godaannya (hasil fitnahnya). Salah satu pasukannya datang dan berkata kepadanya, ‘Saya telah melakukan begini dan begini.’ Maka Iblis berkata, ‘Kamu belum melakukan apa-apa.’ Lalu salah seorang dari pasukannya datang lagi dan berkata, ‘Saya telah menjerumuskannya (seorang suami), hingga dia memisahkan isterinya (bercerai).’ Maka Iblis mendekatkan pasukan ini kepadanya, dan berkata, ‘Ya, itu baru bagus!’

A’masy berkata, “Saya melihatnya berkata, ‘Maka dia pun mengikutinya”. (Syarah Sahih Muslim 17/107)

Dalil tentang Hasutan Syaitan

Allah SWT telah berfirman:

“..Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan Syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman.”

(Al-A’raaf, sebahagian ayat 27)

Allah SWT juga berfirman:

“Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya . Dan sesungguhnya Syaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka dari jalan yang benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.” (Az-Zukhruf, ayat 36-37)

Hadith Rasulullah SAW juga ada disebutkan bagaimana Syaitan merasuki manusia.

Shafiyah binti Huyay RA berkata, Rasulullah SAW bersabda; “Sesungguhnya Syaitan berpindah pada diri manusia melalui urat darahnya.” (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Yakinlah kita dengan dalil-dalilnya bahawa syaitan sememangnya wujud dan sentiasa tidak berputus asa untuk menyesatkan manusia. Maka kita seharusnya mengetahui bagaimana caranya untuk memagar diri daripada gangguannya.

Dalil Jin menyesatkan manusia

“Dan bahaawasanya ada di kalangan beberapa lelaki dari kalangan manusia meminta pelindungan daripada beberapa lelaki dari kalangan jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan..”

(Surah al-Jin : ayat 6)
http://murabbiy.com/?p=2496

sebaik - baik Jin adalah Sejahat - jahat Manusia? Al-Qur'an Menjawab

Sejahat-jahat Iblis Laknatullah, tetapi dia mengaku bahawa Allah adalah Rabb. Tetapi sejahat-jahat manusia, sanggup mengaku dirinya sebagai tuhan. Antara contoh yg dirakamkan di dalam Al-Quran ialah kisah Firaun Laknatullah.

Maka, tidak benar apa yg dipercayai oleh sesetengah orang, sebaik-baik Jin adalah sejahat-jahat manusia.

Kisah Firaun Laknatullah

Tetapi tidak ada yang beirman keapda Musa melainkan pemuda-pemuda dari kaumnya dalam keadan takut bahawa Fir’aun dan pembesar-pembesar kaumnya akan menyiksa mereka. Sesungguhnya Fir’aun itu berbuat sewenang-wenang di muka bumi. Dan sesungguhnya dia termasuk orang-orang yang melampaui batas.
(Surah Yunus: ayat 83)

Berkata Fir’aun: ‘Apakah kamu telah beriman kepadanya (Musa) sebelum aku memberi izin kepadamu sekalian. Sesungguhnya ia adalah pemimpin kamu yang mengajarkan kepadamu sekalian. Maka sesungguhnya aku akan memotong tangan dan kaki kamu sekali dengan bersilang secara bertimbal balik dan sesungguuhnya aku akan menyalib kamu sekalian pada pangkal pohon kurma dan sesungguhnya kamu akan mengetahui siapa di antara kita yang lebih pedih dan lebih kekal siksanya.
(Surah TaHa: ayat 71)

Fir’aun berkata: Apakah kamu sekalian beriman kepada Musa sbelum aku memberi izin kepadamu? Sesungguhnya dia benar-benar pemimpin yang mengajarkan sihir kepadamu maka kamu nanti pasti benar-benar akan mengetahui (akibat perbuatanmu): sesungguhnya aku akan memotong tangan dan kakimu dengan bersilangan dan aku akan menyalib kamu semuanya.
(Surah As-Syu’ara: ayat 49)

Kisah Namrud

Tidakkah engkau (pelik) memikirkan (wahai Muhammad) tentang orang yang berhujah membantah Nabi Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai Tuhannya, kerana Allah memberikan orang itu kuasa pemerintahan? Ketika Nabi Ibrahim berkata: Tuhanku ialah Yang menghidupkan dan Yang mematikan. Dia menjawab: Aku juga boleh menghidupkan dan mematikan. Nabi Ibrahim berkata lagi: Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, oleh itu terbitkanlah ia dari barat? Maka tercenganglah orang yang kafir itu (lalu diam membisu). Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim.
(Al-Baqarah : Ayat 258)

Kebinasaan Namrud ini terjadi pada hari Rabu, ia dibinasakan Allah SWT dengan tentera nyamuk. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan tidak ada yang mengetahui tentera Tuhanmu melainkan Dia sendiri.” (Al-Muddatsir: 31)

http://murabbiy.com/?p=2541

Kelebihan Sholat Dhuha

Hadith anjuran melakukan solat Dhuha:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ أَوْصَانِي خَلِيلِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلَاثٍ بِصِيَامِ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ وَرَكْعَتَيْ الضُّحَى وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَرْقُدَ
Drp Abu Hurairah, Sabda Nabi saw, “Telah berpesan kepadaku temanku (Rasulullah saw) tiga macam pesanan: Puasa 3 hari setiap bulan, sembahyang dhuha 2 rakaat dan sembahyang witir sebelum tidur”

(Riwayat Bukhari, Muslim dan Thabarani).

“Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat ditulis dia daripada orang-orang yang tidak lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikannya sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai di dalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hamba-Nya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingati-Nya,”

(Riwayat At-Thabarani )

Ringkasan kelebihan solat Dhuha

1. Barangsiapa yang solat Dhuha 2 rakaat - ditulis dia daripada orang-orang yang tidak lalai daripada mengingati Allah

2. Barangsiapa yang solat Dhuha 4 rakaat - dia daripada orang-orang yang suka beribadat

3. Barangsiapa yang solat Dhuha 6 rakaat - dia akan dicukupkan baginya pada hari tersebut

4. Barangsiapa yang solat Dhuha 8 rakaat - Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat

5. Barangsiapa yang solat Dhuha 12 rakaat - Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hamba-Nya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingati-Nya.

Waktu mengerjakan Solat Dhuha

Menurut hadith Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan: “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.”

Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).

Menurut pandangan lain, Waktu Dhuha bermula sejam selepas syuruk, dan berakhir setengah jam sebelum masuk waktu Zuhur.

Cara melakukan solat Dhuha

1. Rakaat pertama

Membaca al-Fatihah
Membaca Ayatul Kursi
Membaca Surah Al-Syams @ surah

2. Rakaat kedua

Membaca al-Fatihah
Membaca Surah ad-Dhuha

3. Membaca doa seperti di bawah ini.

Maksudnya:

“Ya Allah, sesungguhnya waktu dhuha adalah waktu dhuha-Mu, keagungan adalah keagungan-Mu, kebaikan adalah kebaikan-Mu, kekuatan adalah kekuatan-Mu, kekuasaan adalah kekuasaan-Mu, penjagaan adalah penjagaan-Mu. Ya Allah, apabila rezeki kami di atas langit, turunkanlah, bila dalam bumi, keluarkanlah, bila sukar, mudahkanlah, bila haram, sucikanlah, bila jauh, dekatkanlah, dengan hak waktu dhuha, keagungan, kebagusan, kekuatan dan kekuasaan-Mu. Berilah kepada kami apa-apa yang telah Engkau berikan kepada hamba-hamba-Mu yang shalih-shalih.”

http://murabbiy.com/?p=1696

Sabtu, 28 Mei 2011

Ciri-ciri orang yang sering begadang

1. Suka bangun kesiangan bahkan sampai sore
Ini dikarenakan kebiasaan tidak tidur semalaman sehingga siang dijadikan malam, malam dijadikan siang.

2. Lebih semangat bekerja saat malam tiba
Ya, disini orang yang sudah terbiasa begadang akan merasa sangat bergairah melakukan sesuatu di malam hari, entah itu untuk pekerjaan ataupun hal-hal lainnya.

3. Makan saat rasa lapar datang
Rata-rata orang yang hobi begadang terkadang lupa sama yang namanya makan, mereka cenderung asik dengan kegiatannya masing-masing. di saat perut mereka lapar baru mereka makan, jelas ini sangat tidak baik untuk kesehatan.

4. Makan jadi tidak teratur
Idealnya, salah satu cara pola hidup sehat adalah makan teratur tepat waktu. Kebanyakan mereka yang hobi begadang melalaikan aturan ini sehingga sering terkena berbagai penyakit seperti anemia, maag, dll.

5. Saat di depan komputer males ngapa-ngapain kalau nggak penting-penting amat
kalau yang ini relatif, karena banyak mereka yang hobi begadang karena keasikan di depan komputer seperti main game, browsing, dll.

6. Teman sejati rokok + kopi (tidak semua doyan)
Sepertinya ini sudah menjadi kewajiban dan menjadi kebiasaan bagi mereka yang hobi begadang, karena khususnya kopi bisa mengurangi rasa kantuk sehingga jangan aneh jika melihat orang yang hobi begadang pasti sangat doyan sama yang namanya kopi dan rokok.

7. Banyak ide males ngomong, harus dipancing supaya bisa mengutarakannya
Karena kurangnya intensitas tidur di malam hari sangat menguras tenaga dan pikiran mereka sehingga cenderung 'kurang aktif' dalam kehidupan sehari-hari

8. Tidur saat matahari terbit sama diomelin ortu
Mungkin ini berlaku bagi mereka yang masih tinggal bersama orang tua, kebiasaan begadang dan tidur saat matahari terbit jelas tidak baik untuk kesehatan.

9. Mata terlihat sayu-sayu ngantuk tapi semangat, berpenampilan layaknya orang bingung tapi banyak pengetahuan
Kebiasaan begadang jelas berpangaruh pada fisik seseorang, bukan hanya dari kondisi badan yang cenderung tidak sehat,lemas, juga berpengaruh pada mata yang terlihat sayu-sayu seperti zombie.

10. Tidak peduli besok masuk kerja jam berapa
Ini sesuatu yang sangat berbahaya bagi mereka yang hobi begadang. Mungkin karena intensitas tidur di malam hari yang kurang, sehingga melalaikan apa yang jadi kewajiban di siang hari.

Sumber: kaskus.us